Tuesday, January 4, 2011

Pesan AYAH..

Juz nk share something yg aku ase sume org dh tau psl bnda ni.klu x tau pon mybe pnh dengar.tp xpela apa2 pon menuntut ilmu tu wajib.bak kata pepatah 'tuntutlah ilmu dr buaian hingga ke liang lahad'. apa yg aku nk share ari ni tentg SOLAT DHUHA..ayah aku selalu pesan dan pesanan ayah aku sblom aku blik ipda ni "kakak,klu bleh jgn tinggl solat dhuha tu.klu ada masa wt la.byk sgt manfaatnya". time ayah aku ckp tu aku x amik kisah sgt pon.juz dgr jer. 1 ari tu aku ad baca satu buku x igt tjuk dia pe ad cite tntg solat dhuha. ya Allah,byk sgt2 manfaatnya. aku dh ase byk sgt kerugian sbb sblom ni x amalkan solat dhuha. klu wt pon asenya byk yg x wt dr yg wt. insyaAllah, klu x de pape halangan aku nk amalkan solat dhuha ni. solat dhuha ni x ssh pon. bleh wt byk rakaat tp klu nk seng 2 rakaat pon dh ckup.wktu nk wt ketika matahari sedg naik.dlm kul 8 cmtu bleh dh.


Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
kelebihan2 solat dhuha:
Dari Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda;
‘Barangsiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Subuh sedangkan dia tidak berkata apa2 kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosa2nya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’
(Hr Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287)
Dari Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’
(Hr Baihaqi dlm Syu’bul Iman, iii/420)
Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda;
‘Barangsiapa selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperolehi pahala seperti haji & umrah.’
Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda;
‘(Haji & umrah) Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna.’
(Hr Tirmizi, katanya hadis ini hasan gharib, hn 586)
Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;
‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.”
(Hr riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)
nilah antara2 kelebihan2 solat dhuha.sebenarnya byk ag tp yg ni je yg dpt dikongsikan setakat ni.aku pnh dgr kata2 ni 'kalau kita tolong agama kita,insyaAllah Allah akan tolong kita'. HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH. wassalam..^_^ 

No comments:

Post a Comment