Thursday, June 6, 2013

TARIKH ITU

~semoga urusan kami dipermudahkan di dunia dan akhirat~
##040613##



Saturday, February 9, 2013

apa salah dia???

Assalamualaikum.....
Hari ni apa yang nak diceritakan bukan rekaan tapi pengalaman sendiri dan terjadi depan mata sendiri siang tadi. Hati masih panas membara. Ditambah sedih dengan sikap segelintir bapa2 kat luar sana. Ya Allah.. apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang. Baca dan ambik pengajaran ok!!
Tengahari tadi lepas balik makan kenduri singgah pekan jap sbb mama nak pergi farmasi. Parking kete tepi jalan. Tiba2 ada kete proton saga warna putih plat tak ingat parking depan kete aku. Kete tu parking depan kedai 'sport toto' (sapa yang tak tau sport toto tu apa google ek). Dalam hati dah bunyi camni 'ish, dia nak pergi beli nombor ke'. istighfar balik sbb dah sangka buruk kt org. Mungkin ini jer parking yang ada. Mata ni dok usya lagi apa yang dia nak buat sbb tak keluar2 kete lagi. Tiba2........ pintu kete yg belakang terbukak dan nampak budak yang mungkin dalam lingkungan darjah 3 atau 4 keluar dari kete dan masuk kedai 'sport toto'. Dalam hati ya Allah tak kan budak kecik camni dah pandai main nombor. Tak sampai seminit budak tu masuk kedai tu pastu budak tu keluar balik dan masuk kete. Kat tangan budak tu tak nampak pulak kertas pape. Selang beberapa minit pintu kete belakang terbukak balik dan budak tu keluar balik beserta pintu driver pun terbukak jugak dan bapak budak tu pun keluar jugak. Bapak dan anak dia  masuk kedai tu sama2. Lebih kurang 5 minit jugak laaa aku dok usya tak sabar nak tengok anak beranak tu keluar dari kedai tu. Last2 keluar jugak dan aku nampak ada kertas kat tangan bapak dia. Sedih sangat. Orang melayu dan beragama Islam berperangai camni. Pastu pulak ajar anak buat keja2 camtu. Apa salah budak tu. Bagi aku budak tu tak tau apa2 dan mungkin bagi dia hanya menurut perintah bapak dia. Buat apa yang bapak dia suruh. Mungkin budak tu tak tau benda tu haram di sisi Islam. Yela.. budak sekolah rendah yang baru darjah 3 atau 4. Apa jer yang ada dalam fikiran dorang. Fikiran dorg yang suci tapi telah dikotorkan oleh bapak sendiri. Ajar anak2 benda yang haram. Aku kesian dan sedih sgt2 tengok muka budak tu. Sangat2 tak bersalah. Kecik2 lagi dah diajar macam tu. Dalam hati aku sumpah seranah bapak dia. Istighfar panjang aku bila tengok kejadian macam ni depan mata sendiri. Rasa malu sgt2 sebab yang buat keje macam tu adalah orang yang sebangsa dan seagama dengan aku. Kenapa laaa wujud manusia macam ni dalam dunia. Aku dah terbayang masa depan budak tu pada masa2 akan datang. Budak yang tak berdosa tapi diajar perkara yang berdosa besar.
Ya Allah... Kau selamatkan lah dunia ini.. selamatkan lah budak tu dari terus menjadi mangsa bapak dia..

Friday, December 28, 2012

makanan2 cuti


yeaaaahhhhh... ini lah kerja aku masa cuti selain makan, tido, bangun, makan balik, tido balik..hahahaha.. 4 novel aku khatam... baca sambil berangan-angan.. wink3 ^_^ perrggghhhh best2...

MOOD : TAK SABAR NAK TENGOK MOVIE ADAPTASI NOVEL SUAMI AKU USTAZ

psssstttt... bagi laaaa dpt suami yang sweeeeeeettttttt mcm tu

Friday, November 30, 2012

kaf ba ra kaf alif ta nun

assalamualaikum...
bertemu lagi yer kita... rajin betul hupdate encik blog ni masa cuti kan... bese laaaa bercinta dgn encik blog je laaa kita... sob3... hahaha... ok, jgn nak melalut kali ni mau share sikit cerita + sikit gambar... orang cakap (org mana ntah) ambik berkat tu kan bagus... jadi, malam tadi aku ada peluang pegi majlis akad nikah kawan satu sekolah..RINA SHAFINA.. walaupun laen kelas tapi agak rapat laaaa... majlis2 mcm ni laaa yang boleh merapatkan silaturrahim kan... masa aku sampai kawan aku tu tgh make up... and seriusly aku sgt terkejut jumpa setelah lebih kurang 5 tahun tak jumpa... kawan aku tu sgt2 laaaaa kurus and sekeping.... tapi kurus dia cantik... seingat aku masa sekolah takde laaa dia kurus camtu (hahaha ayat dengki)... rupanya dia kata dia bz sgt2 dgn keje dia... owh, kawan aku ni nurse... dia kata bese laaa nurse baru keluar mesti laaa kena 'buli' dgn nurse senior... kesian kawan aku... tapi best pe leh kurus... hahahahaha... jgn aku tak keje lagipun badan tombam sudaaaaaa... hahahaha.. dah laaaa layan gambar je laaa ek...


canteeeeekkkkk
semoga berkekalan dan berbahagia hingga akhir hayat ( jgn wt perangai loqlaq dah hahaha)

blusher dia nmpk terang plak...maybe effect flash kot

kasi rapat sikit... berkat lebih.. haha

yg tudung merah tu nak tunang 15/12 (gambar ni serap berkat lebih sikit) hehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pssssstttttt bila turn aku pulak ni.... hahahaha... dush!!!!! stop gatai.. belajar bagi habis dulu

Sunday, November 25, 2012

5sc1 in memories

assalamualaikum....hehe.. lama tak bertemu kan. almaklum laaaa busy memanjang (alasan basi). tetiba musim cuti sekolah ni aku teringat sgt2 dekat kawan2 sekolah aku especially kelas 5sc1. ada yang aku still contact n jumpa tapi ada jugak yg aku dah lost contact. and paling sedih sekali bila aku tengok gambar kelas dulu ada beberapa orang yg aku dah ingat namanya. huk3. teruknya aku. apa2 pun aku still doakan kawan2 aku berjaya dengan cemerlang dlm hidup dorang. ok, sekarang aku mau kasi tunjuk kawan2 kelas aku yang kami sama2 berjuang dalam SPM dulu....

tadaaaaa... ni laaa bdk kelas ( yg mana 1 aku ek..hehe)



ok, sekarang aku nak citer satu2 pasal budak kelas aku ni. (yg mana aku tau n yg mana aku igt laaa ek). first sekali kita start dengan yang barisan bawah dari kiri..

Husna : nama betul dia Husna Fasihah bt Mohd Yusoff. husna ni jiran sebelah aku jer.hehe. tapi walaupun jiran sebelah rumah aku dah lama giler2 x jumpa dia. aku pun dah x ingat bila last aku jumpa. husna ni bakal veterinar. dia skrg studi kt unisza (kalau x silap). dia ni kawan aku dr kecik lg. dari zaman tadika lagi alhamdulillah sampai skrg. tapi dah lama x contact. husna, aku doakan hang jadi veterinar yang berjaya 1 hari nanti..ameeeenn

Fida : ni yang sebelah husna tu. nama betul dia kalau x silap laaa Nor Afida bt apa ek dh x igt.huhu. haaaa...dgn fida ni aku still contact n x sangka lepas habis sek aku rapat dgn dia. maybe kami sama2 dpt KMPP dulu kot. tapi dlm tgh2 belajar kat KMPP dulu fida dpt tawaran masuk nurse SPA. n dia pun pegi. masa tu sedih giler aku. n sekarang fida ni dah keja jadi nurse kt Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan kt belah2 KL sana nuuuuhhhh. aku baru je dapat berita gumbira dari fida ni. hari sabtu hari tu dia whatsapp aku. n sgt terkejut dia jemput aku majlis tunang dia 15/12 ni..hehehe. hepi for u fida. insyaAllah..aku kalau x dak pape aku pi majlis tunang hang amik berkat.hehehe

Timah : Fatimah bt Zakaria. haaaa...nama dia ni senang nk ingat sbb ringkas je kan.hehe. dgn mah pun aku still contact. n hari khamis lepas kteorg kuar dating. gi parit buntar je pun. thanx mah belanja aku secret recipa 2 slices.hehehe. timah ni bakal dietary (x tau laaa ejaan betul ke x). atau pun org panggil pakar pemakanan. timah ni skrg belajar kt UKM dalam bidang dietary tu laaaa. haaaa...sapa nak diet2 ni pi laa jumpa dia.hehehe.jom, kita tgk sapa plak sebelah timah..

Zati : haaaa...zati atau Nur Izzati bt Hambali. zati ni baling mari.hehehe. dgn zati pun dah jarang2 contact. dulu selalu jugak. tapi semenjak masing2 dah sibuk dgn hal masing maka dah jarang laaaa. zati ni skrg belajar kt UUM. lepas form 6 dia dapat tawaran masuk UUM. dekat je kan dgn aku. tapi aku x dak kesempatan lagi nak pi UUM jumpa zati. course apa kt UUM tu aku x igt laaa.huhu. zati, pape pon aku doakan hang berjaya di dunia dan akhirat.

Zayani : k.yan atau Zayani bt Razali. kami selalu panggil dia k.yan. ngengada je panggil kak. padahal sebaya.hahaha. dgn k.yan pun dah lama x contact. kdg2 jer contact or komen2 kt fb ni. k.yan ni pun dah sambung belajar kt UMT. k.yan ni pun masuk form 6 sama ngn zati. lepas tu dapat tawaran masuk UMT. k.yan ni laaa penolong ketua kelas aku. haaaa...tgk tu dia dok sebelah guru kelas aku.

Sir Zalzubairi : haaaa...ni guru kelas aku merangkap guru BI aku n merangkap juga jiran aku.hahaha. rumah selang sebuah jer. hehehe. kadang2 bila aku keluar rumah aku nampak sir pun keluar jugak n bakal lalu depan rumah aku cepat2 jer aku lari masuk dalam rumah.hahaha. teruk betul. cek maluuuuuu...ngeeeee

ketua kelas : haaaa...sebelah sir tu ketua kelas. errrr...aku dah lupa laaaa nama dia apa. huk3. teruknyaaaa. lepas habis sek aku rasa aku dah lost contact langsung dgn dia. n aku pon x tau dia ada kat mana skrg.huhu

Ummi : Ummi Kalsum.. ummi ni skjp jer satu kelas dgn aku. pastu dia ikut famili dia pindah. errrmmm...dah lupa laaa pindah kat mana. ada laaa jumpa dia kat fb. x silap laaa hari tu dia bagitau kt UMP kot dia further dia punya studi. kalau silap sori yer ummi. sebelah ummi tu pandai2 laaaa yer teka sapa..hahaha. malas nak citer pasal diri sendiri

Azirah : haaaaa...yang dok sebelah aku tu laaa Azirah bt Abdul Majid. azirah pun lebih kurang dah lost contact dgn dia. yang aku tau dia studi kt UMM lepas form 6. pernah laaaa sekali terjumpa kt c-mart jitra tu. lepas tu... x jumpa2 dah walaupun rumah x dela jauh mana. huhu

Piah@sopiah : hahahaa...nampak kt dia ni mesti aku kena punya. dia ni laaaa besfren aku dunia akhirat. nama kami pun nak dekat2 sama. dlm kelas pun duduk sebelah2 jer. cikgu selalu tertukar nama kami dua. nama dia ni Nur Syafiah bt Sharuddin. walaupun kami jarang contact tapi kalau sekali dapat contact mcm2 cerita keluaq. n kalau x gelak besaq tu bukan kami laaaa. dia ni laa reka nama aku jadi ORKID n ada kisah di sebalik nama tu. hahaha. sampai skrg dia ni panggil aku ORKID. piah ni skrg ustazah n sambil belajar ambik degree kt UKM. bila nak balik selama cik piah ooooiiiii. aku dah lama tunggu ni. x sabaq nak jumpa hang.

Shu : yg dok blkg sopiah ni Shu. Nur Shuhada bt errrrkkkk aku lupa lagi. shu pon mcm dah lost contact laaaa. kdg2 jer contact kt fb bls2 komen gitu. haha. shu skrg belajar kt Unimap lepas matrik. rasanya tahun depan nk gred dh. huwaaaa...dengki meeeehhhh. huk3

Farah : sebelah shu ni nama dia Nurul Farahhana bt Yeob Amat. haaaa...dgn farah ni lg2 laaaa lost contact. baru2 ni jer x silap aku dia baru add aku kt fb. skrg pun aku x tau dia further studi dia kt mana. x silap dulu2 aku dgr dia dpt matrik. n maybe skrg dah masuk u laaa kan..

Ida : dgn ida pun aku dah lost contact. padahal rumah sekangkang kera jer. kangkang kera besar lagi. dia laaa peneman aku naek basikal gi sek masa form 1,2,3. pastu x mau naek basikal dah. haha. ida, sama ngn aku kt KMPP. tapi lepas tu dia dpt UMT. aku rasa ida dah gred. maybe course dia yang 3 tahun punya kot. sbbnya aku nmpk gamba dia gred kt fb baru2 ni. ida, kalau hang dah gred tahniah tau.. :)

Aishah : haaaa...ni awek ayu kelas aku. lemah lembut jer. cakap pun sopan santun sgt. itulah Siti Aishah bt Abd Ghani. aishah skrg jauh giler studi. x sangka aku jauh sekali aishah sambung belajar pas form 6. aishah dia masuk UMS.. haaaaaa jauh kan. kena naek belon tu. ngn aishah ada kdg2 komen2 kt fb jer. hehehe. still lembut n ayu cam dulu

Bee kha : bee kha ni plak awek cun cina kelas aku. comey sgt2 dia ni. dah laaa comey bijok plak tu. bee kha ni setahu aku dia sambuung studi kt overseas skrg. x silap aku kt australia. besa laaa..anak orang kaya kan..

Yuit Ping : haaa...yuit ping ni studi kt UUM skrg. penah laaa dulu2 lama dah dok komen2 dgn dia kt fb..hehehe

pengawas cina perempuan : alamak...aku lupa nama dia apa. langsung x boleh nak ingat. n yg aku igt dia ni ada kembar. kembar seiras tau. kembar dia kelas laen. dulu aku x leh beza antara dia dgn kembar dia.. mmg sejibik ooooooo...

Au Hui Yee. : yes2...aku leh igt nama dia. Hui Yee..haaaaaa Hui Yee ni pun ada kembar gak. satu kelas dgn aku. kembar dia Au Min Jun. nak tau x mana 1 kembar dia. tu... yang barisan lelaki 3 dari kanan. depa ni kembar laki pompuan. sweet kan. hehehe. errmmm...tapi pasangn kembar ni pun aku x tau ada kt mana dah skrg. fb dorg aku ada laaa..

sebelah Hui Yee aku x igt nama dia.huhu. yg aku igt dia ni best student batch aku SPM. pandai giler dia ni. abg dia pon dulu best student sek gk. pergghh..mmg dasyat ar. dh lost contcact. x tau laaa skrg dia studi kt mana.huhu

Ban Xue Ying : perrgghh..x sangka aku leh igt lagi nama dia. Xue Ying lepas habis jer sek aku pun dah lost contact dgn dia dah. x tau laaa dia studi kt mana skrg..huhu

ni laaa satu2nya perempuan india dalam kelas aku. tapi malangnya aku dah x ingat nama dia apa.huk3. teruk betul. dgn dia pun aku lost contact. fb pun rasanya x de. huhu

Nabilah : emmm... Nabilah bt Sahimi. nabilah bakal cikgu. lepas matrix nabilah dpt UPSI. jadi, bakal cikgu cam aku jugak laaa kan. hehehe. nak jugak nama tu kan. hehehe. dgn nabilah pun x contact sgt. hantar mesej hari2 raya gitu je laaa. nak jumpa pun mmg susah laaa. nabilah dia ikut famili dia pindah putrajaya..

Mul : haaa...atas nabilah tu mul atau nama sebenarnya Mohd Multazaam bt Abdul Rahim. ni pun bdk bijok kls aku gk ni. antara top student SPM gk laaa. aku dgr citer dia masa asasi UM 4 flat sedia. n skrg dia belajaq kt UTM Skudai course engineering. bakal engineer laaaa. bdk bijok laaa katakan. aku igt sgt dia ni terer giler main chess. mana ada pertandingan chess situ laaah dia. tapi aku dh lost conctact dh ngn dia. tgk perkembangan pun kt fb jer laaa. tapi rumah kami ni pun sekangkang kera jugak. x penah jumpa pun..

Syqal : Muhd Syqal b Yussof..x silap syqal masuk Unikl. penah laaa masa awal2 dia add aku kt fb dulu sembang dgn dia tapi skrg x sembang dah pun. fren kt fb jer laaa..

Zhariff : pusat...hahahaha.. bdk2 laki laen sume panggil dia pusat. aku pun x tau laaaa nape. zhariff ni pun aku dh lost contact dh. pernah laa dulu2 sembang kt fb. rupanya zhariff dpt fisioterapi SPA. rasanya dah keja dah skrg. kt mana..wallahualam...

Izwan : haaaaa...dgn dia ni lg laaa aku x tau. dia belajar kt u mana pun aku x tau. tapi yg pasti kt u laaa. dia ni pun golongan bijok gak. aku pun x sure aku fren x dgn dia kt fb.huhu

Kho Song Yuan : haaaaa... ni pun dh lost contact. rasanya fren kt fb. tapi x tau laaa apa citer dia skrg..

sebelah Kho Song Yuan aku x igt nama dia apa. bermakna, aku dh lost contact dgn dia..hmmmmm

Syed : haaaa....dia ni mamat perasan nsem.hahaha. nsem ke???? dia pun bijok jugak. bakal doktor tuuuuu... nama betul dia Syed Johari. dgn dia pun dah lost contact dah lepas habis sek. fren kt fb jer. dia amik bidang kedoktoran kt Unisza. emm...x lama lagi boleh panggil doktor syed laa kan... :)

Mirul : Mohd Amirul b Mohd Azahar.. mirul dah keje kot lepas habis poli. x pun dh sambung belajar balik. aku pun x sure laaa. x contact pun. cuma mcm bese fren kt fb jer..hehehe

Adil : haaaa...dia ni nama paling panjang dlm kelas aku. Mohd Khairul Adil Ariff bt Hahiree.. adil pun aku dah lost contact lepas habis sek. yang aku tau dulu dia amik diploma kt uitm perlis. x tau laaa skrg dah keje ke atau dah sambung degree...adil ooooo adil...mana hang.hehehe

Au Ming Jun : mcm aku citer atas td. Au Ming Jun ni kembarnya Au Hui Yee... itu jer dapat diceritakan..hehe. yang laen2 x tau..huhu

Man : Hafizzaman b Muhammad... dia ni aku rasa mamat paling kaya dalam kelas aku skrg. hahaha. dia amik course shipping masa kt poli dulu. aku rasa dia dah keje skrg. bese laaa pergi belayar. dia ada jugak kol atau msg aku kdg2. tapi ni dh lama x contact. mcm2 laaa citer aku dgr dr dia. aku rasa skrg ni dia tgh belayar sbb aku ternampak fb dia haritu. dia ada kt overseas mana ntah x igt. sbb apa aku kata dia kaya. haaaa...sbb dia penah citer kt aku masa tu dia praktikal jer kt kapal gi belayar 6 bulan kot. tapi dia dapat puluh ribu jugak laaaa..haaaaa dasyat kan. tapi tu laaa kehidupan kat laut n atas kapal je laaa dia kata. n byk sgt dugaan. x pe man, hang mesti boleh!!

Muiz : haaaa....dia ni laaaa bdk laki yang aku paling kurang sgt2 sembang dgn dia. aku rasa dr form 1 sampai form 5 satu kelas dgn dia bape kali je aku ckp dgn dia. itu pun mungkin perkara yang perlu. pendiam giler dia ni. x tau laaa apa citer dia skrg. mmg dah lost contact langsung..huhu

ok...habis dah cerita sorg2 bdk kelas aku. kebanyakan perkembangan dorg ni pun aku tau melalui fb atau dr kawan2 yang lain. bkn ni jer kwn2 aku. sebenanrnya ramai lagi kwn2 dr kelas2 yang lain. kalau nak cerita kat sini mmg x habis2 laaaa..apa2 pun SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KORANG SEMUA... x tau laaa bila kita boleh jumpa ramai2 kan. harap2 kita boleh jumpa 1 hari nanti. mcm biasa kawen jgn lupa jemput... :)

Friday, November 23, 2012

.........

yeaaaaaayyyyyyyy....
dah update lagu
ok...entry yang takde motif
kbai

Wednesday, May 2, 2012

dari hati

'hg sakit hg kena dok belah2 sana dgn orang sakit'.(mungkin hanya gurauan)
yup...dari hati. iyer.. saya mengaku yang saya memang sakit. iyer.. saya mengaku yang saya ada problem kat jantung saya. iyer.. saya mengaku yang kdg2 saya tak boleh nak buat aktiviti lasak macam lari laju2, lompat tinggi2. iyer..saya mengaku yang saya pernah rasa putus harapan untuk hidup bila tahu ada sakit ni. iyer.. saya tahu yang kdg2 saya dah menyusahkan orang lain bila saya sakit. but, saya juga ada perasaan dan saya jadi sangat terasa bila orang main-mainkan sakit saya dan kdg2 orang bergurau sakit saya tapi saya x pernah anggap itu gurauan. sebabnya saya rasa rendah diri sangat bila tahu ada sakit. saya rasa banyak sangat kekurangan. saya rasa semua benda saya tak boleh buat. saya rasa disisihkan dan macam2 lagi. saya pernah ditinggalkan seseorang bila tahu yang saya sakit. tapi saya tak malu nak terus terang yang saya ada problem kat jantung. dari situ saya boleh tengok yang mana satu dinamakan SAHABAT. bagi saya sahabat sejati boleh terima segala kekurangan kawannya dan sentiasa beri sokongan serta tak pernah lupa doakan kesihatan sahabatnya. saya manusia normal. saya nak rasa diterima oleh orang lain. tapi saya faham bukan semua orang boleh terima orang sakit macam saya. saya tak kisah. itu persepsi masing-masing. tapi kita kena ingat yang jadikan saya sakit bukan saya yang mintak tapi ujian dari Allah. kena ingat jugak tak semestinya yang sakit itu takkan sihat dan tak semestinya yang sihat itu takkan sakit. qada' qadar dah ditetapkan. saya bersyukur saya salah seorang yang dipilih oleh Allah untuk sakit sbb baru saya faham macam mana perasaan orang sakit. betapa rendah diri sangat dan kadang2 semangat dah takde. tapi sakit ni jugak lah yang buat saya insaf yang mana ramai lagi yang lagi teruk sakit dia dari saya. at least, saya jarang sgt2 nak sakit. saya sakit bila saya buat aktiviti lasak atau saya terlampau fikirkan sesuatu yang merunsingkan fikiran saya. dan insyaAllah I WILL FIGHT FOR IT!!!